ABOUT US
"NSP Group Resources" terletak di Teluk Intan Perak dan ditubuhkan pada tahun 2020.Fokus kerojer nyer ialah menyediakan perkhidmatan semua jenis pengukuran darat, udara dan laut juge kepada kastemer yang terdiri dari sektor kerajaan, swasta dan orang persaorangan. NSP kini menyediakan perkhidmatan setempat bagi memeriahkan lagi geng cari batu di daerah hilior perak ini. Memandangkan banyak sangat tanah di hilir perak ni , NSP mengorak langkah menyediakan perkhidmatan yang terhensem, berkualiti dan berkejituan tunggi.
NSP diterajui oleh jejaka yang agak hensem juga bernama "Abang Sham" aka "surbeyerhensem". Beliau merupakan lepasan graduan Ijazah Ukur Tanah dari Universiti Teknologi Malaysia dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang Ukur & Pemetaan.
Memang kolo nak cerita dengan tulisan memang payah, nak lukis lagi ler ...so #surbeyerhensem akan kongsikan skit gambor untuk memudahkan kastemer studi dan mendapatkan gambaran perkhimatan yang kami sediakan.
Team kami mempunyai kepakaran dalam bidang LIDAR meliputi dari pengambilan data dilapangan, pemprosesan dan analisa data. Data Lidar ni banyak digunakan dalam bidang mining, topo data dan pertanian.
Kerja kerja pemasangan Control seperti TBM, GCP dan CP kami lakukan dengan penuh berhati-hati. Sumber rujukan ni memang penting dalam mengawal kerja kerja pengukuran kecik atau besor ponn.
Dari kawasan yang senang, hinggalah ke hutan belantara pihak NSP tak pernah berkira untuk menyediakan Pelan Topo yang sangat hensem untuk kastemer. Paya hutan hatta celah bukit pon kami akan redah.
Ini pon favourite kami, panggil aja kami untuk buat hitungan, menyediakan pelan pembahagi dan seterusnya buat penandaan dilapangan sempadan yg dah dipecah tadi. Bior yg kusut dileraikan.
Haa ini favourite kerojer kami. Disebabkan passion kami dalam mencari batu ni, InsyAllah kami akan cari n=hingga ke lubang cacing sekalipon. Kolo udah hilang kami tetapkan balik kedudukan asalnyer.
Pihak kami juge menyediakan latihan untuk kastemer dari pelbagai sub-bidang untuk teknik pengukuran, pemprosesan data dan analisa data. Kursus diadakan berdasarkan permintaan dan keperluan.
"Get the right people. Then no matter what all else you might do wrong after that, the people will save you. That's what Project Management is all about."
~ Tom DeMarco